https://www.malaysia-today.net/2019/01/24/pemuda-pas-senarai-15-hujah-dap-anti-islam/
Dakwah.
Dakwah bukan tugas ustaz & ustazah sahaja.Dakwah adalah tanggungjawab kita semua.
Mengajak ke arah kebaikan.
Jom, join my page..
https://www.facebook.com/notatazkirah1/
Bio.
*Biografi nabi Muhammad – SAW sewaktu beliau masih hidup.*
40 pelajaran dari AHLAK nabi Muhammad S.A.W.
——————————
01. Jangan tidur antara fajr dan Ishraq (saat ☀ muncul), Asr dan Maghrib, Maghrib dan Isha.
——————————
02.hindarkan duduk dengan orang yg bau badan. Contoh bawang putih atau merah 😷
——————————
03. Jangan tidur dekat orang yg berbicara buruk sebelum tidur.
——————————
04. jangan makan dan minum dengan tangan kiri.
——————————
05. Jangan makan makanan yg dikeluarkan dr gigimu ( Ceuhil ).
——————————
06. Jangan membunyikan sendi2 jari tangan maupun kaki.
——————————
07. periksa dulu sepatumu sebelum memakainya.
——————————
08. Jangan memandang ke langit ketika shalat.
——————————
09. Jangan meludah dalam toilet.
——————————
10. jangan bersihkan gigi dengan arang.
——————————
11. Duduk/jongkok baru kenakan celana.
——————————
12. jangan patahkan benda keras dengan gigimu.
——————————
13. Jangan meniup makananmu ketika masih panas, tapi kamu boleh mengipasinya.
——————————
14. Jangan melihat/menghitung kesalahan orang lain.
——————————
15. jangan berbicara antara iqamah dan adhan.
——————————
16. Jangan berbicara dalam toilet.
——————————
17. jangan membicarakan keburukan temanmu / orang lain.
——————————
18. Jangan membuat temanmu marah
——————————
19. Jgn sering melihat ke belakang ketika berjalan.
——————————
20. Jgn hentakkan kakimu saat berjalan.
——————————
21. Jgn terlalu curigaan pada temanmu / orang lain.
——————————
22. Jgn pernah / suka berdusta.
——————————
23. jgn membaui makanan saat memakannya.
——————————
24. bicara yg jelas agar org lain bisa memahami.
——————————
25. Hindari bepergian sendirian.
——————————
26. Jgn memutuskan sendiri namun berkonsultasilah dengan orang yg tahu.
——————————
27. Jangan terlalu membanggakan diri.
——————————
28. Jgn sedih dgn makananmu.
——————————
29. Jgn besar mulut.
——————————
30. Jgn mengusir pengemis.
——————————
31. Layani tamumu dengan baik dengan sepenuh hati.
——————————
32. Sabar Dan tawakal ketika dalam kemiskinan.
——————————
33. Bantulah dalam perkara kebaikan.
——————————
34. Pikirkanlah kesalahanmu dan bertaubatlah segera.
——————————
35. Berbuat baiklah kepada orang yg berlaku jahat padamu.
——————————
36. Qana’ah (hidup apa adanya)
——————————
37. Jgn terlalu sering Tidur ,menyebabkan pikun.
——————————
38. Bertaubatlah minimal 100 kali sehari Dengan mengucapkan (Istighfaar).
——————————
39. Jgn makan dalam keadaan gelap.
——————————
40. jgn makan sepenuh-penuh mulut.
—————————————- Kirim ke yg lain untuk mengingatkan mereka.
——————————-
semoga Allah merahmatimu…! Aamiin.
——————————-
Cinta itu nyata.
——————————-
Kenapa kita tertidur ketika di masjid, namun bisa tetap terjaga saat menghadiri pesta?
——————————————- Kenapa begitu susah untuk berkomunikasi dengan Allah namun begitu mudah bergosip?
————————————— Kenapa begitu mudah mengabaikan pesan ilahiah namun mudah memforward pesan yg tidak berfaidah?
————————————– Apakah anda akan mengirim ke teman2 atau mengabaikannya?
—————————————Allah berfirman:”jika engkau menolakku di hadapan teman2mu. Aku akan menolakmu di hari kebangkitan”
—————————————apabila tiap muslim mengucapkan *astaghfirullah wa atubu ilaih* 3 times sekarang dan forward, _dalam beberapa detik milyaran akan mengucapkannya dan anda tidak akan rugi_ maka *teruskanlah* …🙏👳
Buta.
*KENYATAAN LIM KIT SIANG BUKTI JELAS DAP TIDAK PERNAH AMBIL TAHU KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN ORANG ASLI*
https://dsismailsabri.com/lim-kit-siang-buta-hal-ehwal-orang-asli/
ASSALAMUALAIKUM WBT
17 JamdilAwal 1440H/23 Januari 2019
*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*
Termenung saya seketika bila membaca satu kenyataan ringkas melalui twitter milik Lim Kit Siang yang kononnya peka dan berhasrat jika PH menang di Cameron Highland pada PRK 26hb Januari 2019 nanti akan mengusulkan supaya Orang Asli akan diberikan taraf kerakyatan penuh Malaysia.Apakah selama ini Kit Siang menganggap Masyarakat Orang Asli ini berstatus Penduduk Tetap(PR) yang diberikan kerajaan malaysia?
Walhal Orang Asli merupakan Masyarakat bumiputera yang cukup istimewa.Untuk pendidikan mereka kerajaan menyediakan biasiswa penuh kepada Orang Asli.Bukan sahaja sekolah percuma malah mereka dibekalkan dengan pakaian lengkap persekolahan percuma dan mereka mendapat duit poket dari kerajaan dan lain-lain keistimewaan.Apakah secetek itu pemikiran seorang Ahli Parlimen yang paling lama berada dalam Dewan Rakyat ini?
Untuk pengetahuan Kit Siang, Kabinet Kerajaan BN sebelum ini telah mewujudkan satu Majlis Penasihat Orang Asli untuk memantau pembangunan masyarakat Orang Asli.Majlis ini dipengerusikan oleh Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Wilayah(KKLW). Jawatankuasa dalam Majlis tersebut terdiri daripada Wakil-wakil Orang Asli,Persatuan Orang Asli Semenanjung,Wakil Persatuan Keusahawan Orang Asli,Wakil Profesional,Wakil Belia Orang Asli dan lain-lain.Majlis ini merupakan badan yang bertindak bagi pihak kerajaan untuk mengkaji dan memikirkan keperluan pembangunan kepada seluruh Masyarakat Orang Asli Malaysia.
Ketika saya menjadi Menteri di KKLW , dalam mengangkat martabat Orang Asli saya telah melantik Orang Asli Pertama dalam Sejarah apabila Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di terajui oleh seorang berpangkat Ketua Pengarah dari kalangan Orang Asli iaitu Dato Ajis Sitin yang berasal dari Cameron Highland yang ketika itu berkhidmat di Kementerian Kerjaraya.Pengarah Negeri seperti Pahang dan Perak dari kalangan Masyarakat Orang Asli.Negeri Johor ketika itu dalam tindakan untuk mengesahkan jawatan Pengarah juga dari kalangan Orang Asli.Ketika itu pencapaian tertinggi Orang Asli ialah berjaya melahirkan 4 orang PhD Holder dari masyarakat mereka hasil dari keistimewaan yang disediakan kerajaan BN sebelum ini.Sasaran kerajaan ketika itu ialah untuk menghantar 15 orang pelajar dari kalangan masyarakat Orang Asli ke Luar Negara setiap tahun dalam pelbagai kursus dan mendapat biasiswa penuh dibawah tajaan MARA.
Dalam pada itu semasa saya di KKLW juga, Kerajaan BN amat memberikan perhatian khususnya kepada masyarakat Orang Asli apabila dalam pelancaran Program Transformasi Luar Bandar bertemakan Membandarkan Luar Bandar yang melibatkan Orang Asli dalam 5 asas utama seperti :-
1.Menyelesaikan Pengukuran Tanah Simpanan Orang Asli.
2.Membangunkan Prasarana kawasan Orang Asli.
3.Membangunkan Ekonomi Orang Asli
4.Memperkasakan Pendidikan Orang Asli
5.Melahirkan dan Membangunkan Usahawan dari kalangan Orang Asli.
Kerajaan BN ketika itu sudah pun mempunyai plan dan tindakan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli sedangkan Kit Siang baru mahu mencadangkan apabila berlaku Pilihanraya Kecil Cameron Highland.
Pelbagai peruntukan pembangunan difikirkan dan diangkat oleh Majlis Penasihat Orang Asli untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sebelum ini.Hasilnya Kerajaan BN telah meluluskan satu peruntukan yang cukup besar untuk pembangunan masyarakat Orang Asli seperti Pusat Sehenti Gua Musang RM 148 juta.Meluluskan satu peruntukan untuk membina sebatang jalan kritikal dari Pos Betau ke Pos Lenjang berjumlah RM 15 juta.Satu cadangan yang telah dipertimbangkan oleh Kerajaan BN juga sebuah Pusat Sehenti Cameron Highland berjumlah RM 152 juta.Ini merupakan perancangan dan bukti keperihatinan Kerajaan BN sebelum ini tetapi malangnya Kerajaan PH telah membatalkan 2 projek yang telah diluluskan dan tidak meneruskan cadangan pembinaan Pusat Sehenti di Cameron Highland .
Oleh itu Orang Asli perlu tahu siapa yang membantu Masyarakat Orang Asli dan siapa pula yang mencantas dan membatalkan projek untuk kemajuan Orang Asli.Kerajaan BN sememangnya menjaga kebajikan Masyarakat Orang Asli manakala Kerajaan PH membatalkan Projek Kemajuan Orang Asli.Saya juga difahamkan oleh sumber yang sahih bahawa Kerajaan PH juga telah membatalkan satu dana untuk prasarana perkampungan Orang Asli bagi tahun 2019.
Kit Siang tidak pernah tahu akan perkembangan pembangunan Orang Asli sehingga tanpa sedar beliau mengakui bahawa beliau tidak tahu menahu walau status kedudukan Orang asli.Saya nasihatkan Orang Asli agar tidak menyokong DAP yang tidak pernah memikirkan pembangunan Orang Asli malah Kerajaan Baru ini juga yang telah membatalkan projek-projek untuk kepentingan Orang Asli.
Akhir sekali bukti bahawa Kerajaan PH tidak langsung mempedulikan pembangunan dan masa depan Orang Asli apabila JAKOA diletakkan di bawah Menteri Perpaduan sedangkan ketika era pemerintahan BN JAKOA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar.
Lebih ironi lagi DAP menentang usaha BN untuk mengangkat wakil parlimen dari kalangan Orang Asli dan bakal menjadi Orang Asli Pertama dalam sejarah sebagai Ahli Parlimen yang akan membawa suara seluruh Masyarakat Orang Asli didalam Dewan Rakyat apabila menang di Cameron Highland.Malangnya DAP bersungguh-sungguh mahu mengalahkan Calon BN yang berasal dari Masyarakat Orang Asli.
*”Tolak DAP Demi Orang Asli”*
_#Ramli4CH_
_#BN4CH_
Wallahualam.